About Me

My photo
>always love ZESTER >a doctor to be
Powered by Blogger.
RSS

Halangan-Halangan Di Jalan Allah

Tugas  dakwah memang bukan sebuah tugas yang ringan. Ia mempunyai  banyak liku danhalangan yang rumit sama ada daripada pihak luaran mahupun daripada dalaman sendiri. Ia adalah sebuah perjalanan panjang yang tidak pernah sepi daripada rintangan dan ujian bagi mereka yang melalui nya.
Tugas ini menjadi tombok besar yang mat sukar dilalui. Dikala itu pula, seorang pendakwah akan mula terasa sempitnya jiwa apabila menatap tugas demi tugas yang mendatanginya disertai pula dengn rasa berat untuk menggerakkan kaki dan tangan dalam menerima tugasan tersebut.

Halangan dan ujian dalam mengharungi jalan dakwah ini adalah sebuah kemestian yang tidak mungkin kita hindari ataukita lari daripadanya. Bahkan ia pasti akan sentiasa menghampiri dan mendekati  kita. Firman Allah bermaksud: “ Dan betapa banyak Nabi yang berperang didampingi sejumlah besar pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (ali-Imran:146)
Di dalam ayat diatas ada tiga sifat yang disebut sebagai halangan dijalan dakwah. Sifat-sifat ini perlu diambil  perhatian oleh para pendakwah dan penyeru kebenarann agar mereka tidak termasuk dalam golongan orang2 yang akhirny gugur di jalan dakwah ini.

SIFAT PERTAMA:WAHN-CINTA DUNIA & TAKUT MATI
Sifat wahn sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis Rasulullah saw bererti cinta dunia dan takut mati. Sifat ini telah banyak menyebabkan para pendakwah gugr dari jalan dakwah ini akibat daripada tidak kuat menghadapi seksaan ataupun yidak tahan menghadapi godaan dunia yang melemah kan. Sesiapa sahaja memasuki arena dakwah dalam pertarungan antara kebenaran dan kebatilan pasti akan dihadapkan dengan perkara ini.

SIFAT KEDUA:DHO’F-LEMAH
Apabila sebuah kebenaran bertariak lantang dan mula bertindak menyedarkan umat yang lena,ketika itu dakwah ini akan berhadapan dengan sebuah kekuatan yang akan cuba untuk menghalangnya. Kekuatan inilah yang akann melemahkan jiwa dan semangat para pendakwah yang menyebabkan mereka tidak istiqamah dan tetap teguh di jalan dakwah.

SIFAT KETIGA:ISTIKAN-BERDIAM DIRI
Sifat berdiam diri dan tunduk kepada musuh adalah halangan bagi ara pemikul dakwah yang bergerak di tengah-tengah kesulitan dan ujian. Sifat ini menjadikan seseorag pendakwah itu hanya menunggu panggilan untuk berdakwah sedangkan kemungkaran berlaku di sekeliling tanpa henti. Ia jiga membuatkan para pendakwah hanya berjuang untuk mendapatkan hasilya.
Apabila tujuannya tidak tercapai,maka dia pun berheti berdakwah. Dalam sebuah amal jamai’ie(kolektif), lemahnya ketaatan akan berlaku banyak perselisihan antara ahli akibat daripada penguasaan ilmu dan fikrah yang lemah, ego peribadi, suka bertelagah srta kurangnya komunikasi dan sifat terbuka sedangkan tarbiyah untuk memiliki ketaatan yang sejati merupkan asas dalam gerakan dakwah dan rahsia kejayaan bagi sebuah organisasi.

Para pendakwah juga berhadapan dengan halangan dalam bentuk keaiban diri yang akan membawanya kembali meninggalkan jalandakwah ini. Keaiban ini adalah kekurangan – keurangan dan kelemahan diri yang wujud disebabkan kesilapan atau kemaksiatan  yang dilakukan oleh mereka pada masa lampau.
Bagi menghadapi halangan-halangan ini pendakwah mestilah bersikap sensitive dengan sentiasa memperbaharui niat dalam setiap amal dakwahnya agar amalan2 kenaikannya itu tidak menjadi sesuatu beban yang menghapuskan pahala iaitu apabila ia menjadi bahan bakar bagi rasa ujub dan digunakan sebagai langkah untuk memahsyurkan diri.

                                                                                                                      -Ustaz Wan Ahmad Sanadi -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Post a Comment